Sunday 17 April 2016

Sisters in Islam (http://sistersinislam.org.my)





sumber: Google Image



Sister in Islam adalah salah satu persatuan atau pergerakan yang dianggotai oleh golongan wanita yang menuntut kesamarataan antara lelaki dan wanita.  Kumpulan ini lebih cenderung kepada pergerakan wanita yang mempersuarakan hak mereka dalam agama terutama Islam seperti hak wanita dalam Islam, isu keganasan rumah tangga dan bersuara mengenai poligami. Laman blog yang dipilih ialah Sisters In Islam : Empowering Voices For Change. Laman tersebut menggalakkan kefahaman Islam yang mengiktiraf prinsip-prinsip keadilan, kesaksamaan, kebebasan dan martabat dalam negara negara demokrasi. Menurut Abdussalam Muhammad Shukri dan Musa Yusuf Owoyemi (2014),

Sisters In Islam (SIS) is an Islamic feminist association that advocates for the rights of Muslim women in Malaysia. It was founded in 1987 by a group of professional Muslim women and was registered in 1993 as a non-governmental organisation under the name SIS Forum (Malaysia) Berhad, while retaining Sisters in Islam as its authorship name (p. 55).
Selain itu, Sister in Islam, pergerakan yang memperjuangkan nasib serta hak wanita dalam Islam yang diasaskan oleh Zainah Anwar.Oleh itu, jelas bahawa Sister in Islam dikatakan golongan yang memperjuangkan hak feminism kerana ini berdasarkan matlamat, visi serta misi pergerakan berkenaan. Berdasarkan artikel Tavaana, bagi mencapai matlamat, Sisters in Islam berusaha untuk mendidik orang awam di Malaysia melalui sokongan pamplet yang mempunyai interpretasi (tafsiran) baharu mengenai Islam merangkumi kesaksamaan dan keadilan bagi kaum wanita. Pergerakan ini juga sebagai satu projek bagi membantu golongan wanita, seperti yang dinyatakan oleh Babran (2008), project Identity: proactive movements which aim at transforming society as a whole, rather than merely establishing the conditions for their own survival in opposition to the dominant actors. Feminism and environmentalism fall under this category (Castells, 1997, p. 10-12). Laman blog Sister in Islam ini mempunyai hubung kait dengan identiti gender dan identiti agama terutama Islam. 

Sumber: Google Image

Apakah identiti gender dan identiti agama?

Identiti gender ialah personaliti yang berkaitan dengan jantina. Personaliti ini terbentuk melalui pelbagai cara terutama melalui teknik pengulangan. Namun, pembentukan ini bukan secara biologikal tetapi lebih kepada fizikal dan mentaliti seseorang. Menurut Giddens (1991), identities as dynamic, ever changing and evolving. Oleh itu, identiti seseorang itu sentiasa berubah dari satu masa ke masa yang lain. Manakala, identiti agama ialah personaliti atau ciri – ciri yang menunjukkan seseorang berdasarkan kepercayaan dan amalan yang diamalkan seperti identiti seorang muslim berasaskan syariat Islam. Menurut Giddens (1991), religious identities are incompatible with modern identities – based on dogma, a set of unchanging and unquestionable beliefs and practices. Namun, beliau menyatakan kebangkitan semula identiti agama dengan tindakan memperbaiki kekurangan pemimpinan dan prinsip moral untuk kesesuaian identiti moden. Pada pendapat kami, dalam agama Islam penambahbaikan sentiasa diwujudkan bagi mengikut peredaran zaman namun tanpa mengubah asas syariat utama yang bertunjangkan al-Quran dan hadith. 

Laman blog Sisters in Islam ini dikhaskan untuk kaum wanita terutama golongan ibu yang ditindas oleh suami mereka. Penyertaan dibuka oleh kepada semua orang tanpa mengira jantina dan agama. Selain itu, peserta hanya perlu mengikuti perkongsian yang dikongsi, dapat menambah pengetahuan dengan membaca pamplet yang banyak menerangkan mengenai hak wanita dalam Islam dan lebih baik ialah dengan mengikuti aktiviti dan program yang dianjurkan. 





Sumber: https://www.youtube.com/watch?v=E3WgVhIEwTA




REFERENCE

Abdussalam Muhammad Shukri & Musa Yusuf Owoyemi. (2014). Sisters in Islam’s
Quest for the Reinterpretation of the Qur’an and Hadis : An analysis of their views on equality, women judges, and polygamy. Kajian Malaysia, 32 (1), 55–80. Retrieved from http://web.usm.my/km/32(1)2014/KM%2032(1)%202014%20-%20ART%203%20(55-80).pdf
 
Babran, S. (2008). Media, Globalization of Culture, and Identity Crisis in Developing
Countries. Intercultural Communication Studies, XVII ( 2). 212 -221. Retrieved from http://web.uri.edu/iaics/files/18-Sedigheh-Babran.pdf
 
Sisters in Islam : Protecting Women’s Rights in Malaysia. Retrieved from
https://tavaana.org/sites/default/files/anwar_-_pdf_-_english.pdf

Saturday 16 April 2016

Mobile Media and everyday life

                Media mudah alih merupakan medium canggih yang diguna pakai oleh masyarakat zaman kini bagi memudahkan aktiviti harian mereka. Segala urusan harian menjadi lebih mudah dengan kewujudan dan perkembangan yang kian pesat dalam teknologi perhubungan dan telekomunikasi. Teknologi ini merupakan hasil ciptaan dan revolusi idea yang dicetuskan bagi memudahkan manusia berhubung tanpa batasan dan menjalankan urusan harian mereka dengan lebih mudah. Media mudah alih merupakan teknologi yang dicipta dalam bentuk telefon bimbit, pemain muzik mudah alih, komputer riba dan tablet. Sebagai contoh, telefon bimbit pintar merupakan teknologi masa kini yang semakin maju dan mampu dimiliki oleh majoriti masyarakat masa kini. Penciptaan telefon bimbit telah berjaya mengubah norma masyarakat daripada pelbagai aspek sama ada secara positif ataupun sebaliknya.
        Berdasarkan pemerhatian, penggunaan media mudah alih telah banyak membantu dan memberi implikasi terhadap isu politik semasa. Sebagai contoh, khidmat pesanan ringkas telah digunakan sebagai pemasaran politik secara langsung dan menyasarkan bakal pengundi dengan khidmat pesanan ringkas. Melalui teknologi ini, parti politik di negara ini dapat melakukan pemasaran politik dan menarik lebih ramai bakal pengundi bagi meraih sokongan rakyat untuk menerajui sistem pemerintahan negara. Segala maklumat disampaikan dengan mudah dan pantas. Implikasi terhadap politik mengenai penggunaan media mudah alih dapat dilihat sebagai satu bentuk alternative bagi para penganjur politik yang lebih saksama, bersifat terus, lebih selamat dan bersifat peribadi berbanding dengan medium pengantara yang lain.
       Walau bagaimanapun, media mudah alih juga memberi implikasi negatif dengan adanya penciptaan kamera digital pada kebanyakan telefon bimbit pada masa kini yang juga merupakan salah satu ciri utama yang dinilai oleh pengguna sebelum membeli sebuah telefon bimbit. Kamera digital juga telah dikaitkan dalam artikulasi dunia mobiliti dan politik sebagai medium penyampaian dan penyebaran yang sangat berkesan. Pengguna akan merakam segala kejadian berkaitan dengan isu politik yang berlaku di sekitar mereka lalu menyebarkannya secara atas talian. Seperti yang sedia maklum, setiap individu mempunyai pandangan masing-masing tentang perihal politik. Bahan yang disebarkan mungkin bakal menyebabkan percanggahan pendapat yang seterusnya bakal menjurus kea rah permusuhan politik. Manusia zaman kini lebih cenderung untuk menilai hanya melaui apa yang dilihat secara langsung dan menyuarakan pandangan tanpa sebarang penyelidikan yang lebih mendalam tentang sesuatu perkara tersebut. Hal ini menyebabkan berlakunya salah faham dalam kalangan masyarakat, terutamanya golongan netizen yang sangat mudah  terpengaruh dengan apa yang disebarkan di media sosial dan terus melakukan spekulasi yang tidak berasas.
       Dengan ini, media mudah alih telah banyak mengubah norma hidup masyarakat dunia. Antaranya ialah meningkatkan sifat individualisme yang mungkin menyebabkan seseorang individu tidak bergaul atau berkomunikasi dengan masyarakat sekeliling. Perkara ini mendorong kepada kesukaran untuk berkerjasama dalam sesuatu perkara. Media mudah alih juga telah mencipta peraturan baru dalam pelbagai aspek seperti etika, undang-undang, dan peraturan dalam sesuatu perkara, sekali gus mengubah cara penggunaan bahasa formal kepada terma ringkas semasa berkomunikasi menggunakan khidmat pesanan ringkas. Oleh itu, media mudah alih telah banyak membantu dan memberi kesan dalam pelbagai aspek kehidupan masyarakat.  
            Antara corak penggunaan media mudah alih yang didapati semakin berubah pada masa kini adalah didalam konteks perhubungan antara muka (interpersonal communication). Kita, sebagai khalayak zaman digital ini harus mengakui bahawa kita sudah tidak memerlukan sangat akan perhubungan yang bersifat berdepan dan secara langsung kerana kita lebih banyak berhubungan menggunakan media. Laman media sosial seperti ‘facebook’ sebagai contohnya, telah menjadi panduan kepada kita untuk berkenal-kenalan dan berkongsi maklumat berasaskan kepada maklumat asas yang kita dapat perhatikan di laman facebook individu itu. Sedangkan sebelum ini, kita mengenali keperibadian seseorang melalui tingkahlakunya, gaya pertuturan dan penampilannya, atau mungkin juga lata belakang pembesaran dan keluarga mereka. Dari situ kita akan membuat kesimpulan mengenai keperibadian seseorang dan menaksir tatacaa perhubungan kita dengan mereka.  Dengan perubahan corak perhubungan antara muka pada masa kini, pemerhatian kita terhadap individu tersebut adalah berdasarkan kepada maklumat yang terdapat di laman facebook mereka. Ramai di antara kita yang memanggil seseorang yang kita kenali hanya melalui perbualan-perbualan di laman social sebagai ‘sahabat’ sedang hakikatnya kita tidak pernah bertemu langsung dengan mereka. Malah sering juga kita terbaca atau terdengar mengenai pergaduhan yang berlaku secara fizikal berpunca daripada perbalahan di laman social.
Perubahan corak perhubungan antara muka ini telah mnghasilkan pelbagai kesan didalam tenunan ikatan kemasyarakatan pada masa kini. Tidak terbatas kepada kesan baik atau buruk sahaja. Saling perkaitan diantara perubahan corak itu yang harus kita perhatikan. Menurut Kraut et al. yang dipetik dari artikel Tyler (2002,p.196) , beliau mendapati bahawa pengguna internet awalnya sering digambarkan sebagai kurang penglibatan kemasyarakatannya, lebih sunyi dan tertekan namun setelah tahap penggunaan internet mereka semakin maju lantaran daripada tempoh penggunaan yang lama, data membujur yang dikutip mendapati bahawa hanya terdapat sedikit kesan negatif terhadap kadar keterlibatan dengan masyarakat dan kemaslahatan psikologi. Seperti proses penyebaan dan pewarisan budaya yang lain, perubahan corak perhubungan antara muka ini juga berubah-ubah bergantung kepada keadaan dan perjalanan sesuatu isu atau peristiwa tersebut. Contohnya, Pilihanraya Umum-12, 2008 yang mana keputusannya memperlihatkan Barisan Nasional (BN) kalah di lima negeri iaitu Pulau Pinang, Selangor, Kelantan, Perak dan Kedah hasil daripada berkesannya kempen yang menyebelahi pakatan pembangkang di media social, blog-blog internet dan khidmat SMS berbanding kempen oleh BN yang lebih menumpukan kepada penggunaan media massa (televisyen, surat khabar dan laman web rasmi).
Pertempuran sengit melalui media oleh kedua-dua pihak yang terlibat dalam pilihanraya 2008 ini telah memperlihatkan betapa berpengaruhnya media mudah alih dalam usaha penyebaran maklumat dan menangkap hati dan minda masyarakat mengikut keadaan. Sebelum Pilihanraya Umum 2008, penggunaan media mudah alih sememangnya sudah meluas dikalangan masyarakat Malaysia namun masih ada keterbatasan capaian dan penggunaan. Penggunaan internet masih belum meluas kerana peranti yang membolehkan penggunaan internet (komputer dan telefon pintar) masih lagi mahal dan susah dicari, namun dalam tahun-tahun sekitar 2008, penggunaan telefon bimbit, telefon pintar, computer riba dan perkhidmatan internet tanpa wayar sudah mula meluas dan mudah dicapai di Malaysia dan dengan cepat mempengaruhi gaya hidup masyarakat di Malaysia terutamanya golongan muda, yang sebenarnya adalah penentu keputusan pilihanraya itu, dan kempen pilihanraya yang sebenarnya pada pilihanraya umum itu adalah melalui media mudah alih. Kegagalan BN adalah terletak pada kegagalan mereka untuk mengakui bahawa kunci kemenangan dalam Pilihan Raya Umum 2008 adalah media mudah alih, ini diakui oleh Perdana Menteri pada waktu itu, Tun Abdullah Ahmad Badawi (Muniandy & Muniandy, 2013).
Pada waktu itu, kelebihan yang ditawarkan oleh media mudah alih seperti keterbukaanya, kebebasan dan mudah penggunannya telah digunakan secara optimum oleh pakatan pembangkang kerana mereka adalah diketahui sebagai tidak langsung memiliki ruang di media massa yang dikuasai oleh kerajaan. Keterbukaan media mudah alih juga telah membolehkan sebarang maklumat disampaikan secara penuh, cepat dan tanpa tapisan. Ini membolehkan pengundi membuat timbang tara dengan lebih telus berbanding pilihanraya umum yang sebelumnya. Penghantaran maklumat yang cepat juga membolehkan pakatan pembangkang sentiasa mendahului dalam usaha mereka untuk membritahu rakyat berkenaan dengan sebarang perkembangan semasa yang berkaitan.
Namun begitu, melalui perang media semasa kempen pilihanraya itu jugalah, beberapa kekurangan media mudah alih dapat kita perhatikan terserlah dan membawa bermacam-macam akibat kepada perkembangan masyarakat sesudah pilihanraya itu. Keterbukaan media mudah alih tidak menghalang penyebaran maklumat untuk sebarang niat, baik atau buruk. Ianya adalah bebas. Langkah pihak berkuasa yang ingin mengawal niat tidak baik ini yang biasanya akan memberi ruang kepada para pembuat polisi untuk menyekat kebebasan media. Limpahan maklumat yang banyak dan meluas didalam media mudah alih ini juga telah mengakibatkan krisis keutuhan dan mutu, yang dimiliki oleh maklumat-maklumat yang dimasukkan kedalam dunia sesawang dan ini boleh mengakibatkan kecelaruan pertimbangan dikalangan para pengguna dan masyarakat secara keseluruhannya







Rujukan 
Muniandy, L., & Muniandy, B. (2013). The Impact of Social Media in Social and Political Aspects in Malaysia: An Overview International Journal of Humanities and Social Science Vol. 3,(11). 71-76

Tyler,T. R. (2002) Is the internet changing social life?it seems the more thing change, the more they stay the same.journal of social issues .58 (1).pp.  195-205.

‘Online Consumption’

Hai semua!

Blog kali ini adalah berkaitan dengan ‘online consumption’ atau dalam Bahasa Melayu pengunaan atas talian. Kami semua pasti anda juga terlibat dengan 'online comsumption’ ini bukan?
Semestinya la!

Membaca blog ini turut dianggap sebagai online consumption!

Dalam era yang serba canggih dengan teknologi yang semakin maju, tidak dapat dinafikan bahawa pengunaan atas talian atau online consumption ini sudah menjadi sebahagian daripada kehidupan kita semua.Terdapat berbagai tujuan dalam pengunaan atas talian dan ia semestinya bersesuaian dengan keperluan setiap individu.

Kami telah menjalankan satu kajian kecil berkaitan dengan pengunaan atas talian dan ia bersesuian dengan objektif kami iaitu untuk mengkaji tujuan, kekerapan dan kesan keatas setiap individu serta masyrakat sekeliling berkaitan online consumption ini. Dalam borang soal selidik kami, kami menggunakan terma ‘internet’ sebagai kata ganti kepada pengunaan atas talian. Hal ini kerana, pengunaan atas talian dan internet adalah dua perkara yang sinonim. Perkara ini boleh dijelaskan dengan melihat hubungan antara atas talian (online) dan internet. Seseorang individu tidak dapat ‘online’ jika tiada talian internet dan manusia merlukan internet untuk‘online’.

*Kami akan membincangkan hasil dapatan kajian terlebih dahulu dan diikuti dengan analisis dalam bentuk statistik. Graf boleh dirujuk pada bahagian bawah.


Thursday 14 April 2016

Media Cetak VS Media Atas Talian

Media Cetak VS Media Atas Talian: Kes pergaduhan di hari pernikahan kerana hantaran RM15,000 tak cukup?

Malaysia digemparkan bulan lepas dengan kisah muka hadapan Kosmo! yang melaporkan bahawa seorang pengantin lelaki ditumbuk pada hari pernikahannya gara- gara duit hantaran RM15,000 tidak mencukupi. Kedua- dua belah keluarga bertelagah. Bukan sekadar dari cerita secara bertulis, video pergaduhan kedua pihak juga telah menjadi viral dan sudah tersebar luas. Berita tersebut bukan sahaja mendapat liputan di surat khabar malah turut disebar luas melalui atas talian seperti di dalam blog-blog dan penulisan mereka dikongsi di media sosial yang lain seperti Facebook. Berita tersebut menerima pelbagai reaksi terutama di media sosial. Jika letakkan sahaja perkataan ‘bergaduh hantaran 15 ribu’ di carian Google, pelbagai laman web terutama blog-blog yang tidak rasmi melaporkan kisah ini di samping video pergaduhan ketika itu.
            Persamaan ketara dari segi penulisan dari akhbar rasmi dan blog atau laman web tidak rasmi  ialah isi utama artikelnya walaupun tajuknya selalunya tidak sama seperti berita rasmi. Sebagai contoh di Kosmo! dan Kosmo! Online (Azzman & Syed Azlan, 2016) ialah “wang hantaran tak cukup cetus gaduh besar” manakala di laman web tidak rasmi menggunakan tajuk seperti “kisah sebenar pengantin lelaki kena tumbuk duit hantaran tak cukup!” (Ammboi, 2016) dan “pengantin lelaki tampil bongkar kisah sebenar fasal wang hantaran tak cukup” (Pensil Lunyai, 2016). Tajuk yang sering digunakan oleh laman web atau blog yang tidak rasmi ini kadangkala terlalu berlebihan sedangkan isi ceritanya diambil bulat-bulat dari sumber berita rasmi.
            Namun begitu, perbezaan dapat dilihat dari bentuk penulisan. Kebanyakan laman web tidak rasmi ini bukan sahaja melaporkan malah mengulas isu tersebut mengikut pandangan penulis, tidak seperti wartawan yang tugasnya untuk melaporkan kejadian tersebut. Bukan itu sahaja, pendapat pengguna atas talian juga diselitkan di dalam artikel mereka untuk menunjukkan pelbagai reaksi orang ramai terhadap isu tersebut.
Pada pendapat kami, pengamal media seperti wartawan dan penulis blog ini sering bersikap berat- sebelah. Contohnya, di dalam kes pergaduhan yang dilaporkan oleh pihak media seakan- akan menyebelahi pihak lelaki tanpa menimbang pandangan dari sudut pengantin perempuan. Di Facebook, dikatakan saudara pihak perempuan berkongsi cerita dari pihak mereka yang mengatakan pihak lelaki memungkir janjinya dan bersifat kurang ajar. Cerita ini tidak pula diceritakan oleh pihak media cetak yang menyiarkan berita terbabit. Selain itu, pengamal media seharusnya bertanggungjawab atas apa yang ditulis oleh mereka. Sekiranya sebarang berita itu tidak disiasat dengan baik dan dilaporkan tanpa diselidik, berita yang dilaporkan itu mungkin tidak benar dan boleh mengundang fitnah. Hal ini kerana, walaupun dengan adanya teknologi yang pantas di negara kita, masyarakat Malaysia mempunyai kepercayaan lebih besar terhadap sebarang berita rasmi yang dilaporkan oleh media cetak berbanding media di atas talian. Maka, pengamal media perlu berhati- hati dalam menyiarkan sebarang berita.
Kedua-dua jenis media ini iaitu media cetak ataupun media atas talian mempunyai kelebihan dan kekurangan mereka yang tersendiri. Namun begitu, media atas talian sememangnya lebih sesuai untuk masyarakat umum menyalurkan pendapat atau berita kerana  media cetak mempunyai pelbagai etika dan protokol yang perlu diambil kira. Media atas talian juga percuma dan dapat meliputi lebih ramai pembaca dengan pantas. Malah, syarikat media cetak juga sudah mempunyai laman sesawang rasmi di internet selain media cetakan. Oleh itu, gunakanlah media dengan bertanggungjawab dan sampaikan berita yang sahih untuk bacaan semua.


Rujukan
Ammboi,. (2016). Kisah sebenar pengantin lelaki kena tumbuk duit hantaran tak cukup!.
Ammboi.com. Retrieved from http://www.ammboi.com/2016/03/28/kisah-sebenar-pengantin-lelaki-kena-tumbuk-duit-hantaran-tak-cukup/
Azzman, A., & Syed Azlan, S. (2016). Pengantin kena tumbuk duit hantaran tak cukup.
Kosmo!. Retrieved from http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2016&dt=0328&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_02.htm
Pensil Lunyai,. (2016). Pengantin Lelaki Tampil Bongkar Kisah Sebenar Pasal Wang
Hantaran Tak Cukup. Malaysia Hari Ini. Retrieved from http://pensilone.blogspot.my/2016/03/pengantin-lelaki-tampil-bongkar-kisah.html