Saturday 9 April 2016

Computer Mediated Communication (CMC)

Hai semua! Penulisan kami pada kali ini adalah berkaitan dengan CMC. Selamat Membaca dan semoga bermanfaat. :)

Apakah yang dimaksudkan dengan Computer Mediated Communication (CMC)?
CMC adalah singkatan dari Computer Mediated Communication atau Komputer Perantara Komunikasi yang bermaksud bentuk komunikasi antara dua atau lebih individu yang berinteraksi dan saling mempengaruhi antara satu sama lain melalui komputer. Secara umunya, komunikasi ini melibatkan pengunaan rangkaian internet kerana CMC menghubungkan individu secara atas talian. Antara contoh CMC adalah komunikasi melalui Yahoo Mail, Skype, Facebook dan seumpamanya.
Image: Google Image
Adakah anda terlibat dengan CMC?
Semua daripada kami bersetuju bahawa kita semua terlibat dengan CMC. Dalam dunia yang serba moden dan sejajar dengan peredaran zaman yang menuju ke arah kecanggihan teknologi, kami percaya bahawa kita semua merupakan objek pembangunan yang sangat terikat dengan CMC samada sedar mahupun tidak. Sebagai contohnya, dalam era globalisasi dan dengan adanya kemudahan aplikasi seperti Skype dan Facebook serti laman-laman sosial yang lain, manusia sentiasa dapat berhubung tanpa batasan. Hujah ini disokong oleh  Riva & Galimberti (1998) dengan menjelaskan bahawa komunikasi intersubjektif ini boleh dikekalkan walaupun pada jarak fizikal. Sebagai contohnya, individu yang berada di Malaysia dapat menhubungi rakan-rakan mereka yang berada di Ausralia pada bila-bila masa.

Bagaimanakah pengalam melibatkan CMC ?
CMC sememangnya mudah untuk digunakan dalam berkomunikasi. Hal ini demikian kerana, kebanyakan daripada kita tidak perlu menunggu lama untuk berjumpa secara berdepan (face to face) bagi menyampaikan sesuatu maklumat jika menggunakan komputer sebagai alat perantara  untuk berkomunikasi. Namun demikian, ada kalanya tidak juga. Kami berpendapat sedemikina kerana komunikasi seperti ini boleh mendatangkan impak kepada individu mahupun masyrakat.
Ramai antara kami dikelilingi oleh  rakan- rakan yang sangat gemar ber-Facebook dan lebih senang untuk berkomunikasi melalui computer berbanding berkomunikasi secara bersemuka. Hal ini dapat dilihat apabila kebnyakan daripada mereka menolak untuk berada bersama rakan  rakan terdekat malah lebih senang bersendirian. Tambah pula, golongan ini lebih senang berbincang menerusi atas talian berbanding berbincang dalam mesyuarat. Secara tidak langsung, mereka yang tergolong dalam kelompok ini menjadi seorang yang lonely dan kurang interaksi sosial.
Jika dilihat dalam konteks yang berbeza, ‘Love and Romance’ website merupakan contoh yang sangat tepat untuk dibingcangkan. . Hal ini demikian kerana, CMC, bukan sahaja alat teknologi dan enjin hubungan sosial, namun, ia adalah alat yang mempunyai ruang yang membolehkan hubungan berlaku didalamnya (Jones, 1995) dalam (Romiszowski & Mason, n.d). Golongan yang terlibat dalam love and romance chatting ini tidak memaparkan identity sebenar mereka malah cenderung untuk memalsukan butiran peribadi mereka.Tambahan pula, kajian juga dibuat untuk mengetahui kesan media yang mereka gunakan disamping persepsi terhadap orang yang menghantar mesej tersebut (Boase & Wellman, 2006).  
Kesannya, ramai mangsa yang tertipu dan mangsa ini sebenarnya hanya berkenalan dengan ‘rakan imaginasi’ dan akan mangsa penipuan. Akan tetapi, mangsa-mangsa ini tidak menyedari perkara ini kerana merekan mempercayai segala maklumat yang dinyatakan oleh ‘rakan imaginasi’ mereka. Sebagaimana hujah yang dikemukakan oleh Finkel, et., al (2012) dengan berpendapat bahawa, orang cenderung untuk menyalah tafsir informasi dan bahasa sosial yang digunakandalam CMC, dan jika CMC berlaku berterusan tanpa henti tanpa berjumpa muka-ke-muka, ia boleh mendatangkan risiko yang tidak menyenangkan.
Tambahan pula, komunikasi menerusi CMC ini menyebabkan individu menolak hubungan sosial dalam dunia nyata. Hal ini menjadikan mereka seorang yang anti-sosial yang lebih gemar untuk berhubung dan menjalinkan hubungan atas talian berbanding hubngan yang lebih ‘tangible’.
Namun demikian, seperti yang dibincangkan di atas, CMC juga memberi kesan yang baik. CMC sering manjadi medium yang sering digunakan untuk berhubung dengan orang yang jauh dari segi geografinya. Dalam erti kata lain ia mampu mengukuhkan hubungan sesama keluarga, adik-beradik, rakan sebaya dan seumpamanya. Sebagai contohnya, ada antara kami mempunyai adik beradik yang tinggal di luar negara. Jadi, satu-satunya komunikasi yang menghubungkan mereka adalah menerusi Facebook dan Skype. Situasi ini menjelaskan bahawa, CMC telah menjadikan dunia ini seolah-olah kecil dan membolehkan hubungan antara manusia lebih erat.
Image: Google Image
Contoh lainnya, pengunaan Facebook bukan sahaja membantu kita untuk berhubung, malah ia juga menjadi sumber utama bagi meraih pendapatan. Hal ini demikian kerana, terdapat ramai diantara kita menggunakannya Facebook untuk menjalankan perniagaan secara atas talian atau lebih dikenali sebagai online business. Dan menurut rakan kami yang telibat dengan peniagaan atas talian ini, ia sangat mudah dan meguntungkan.

Teori

 Menerusi contohnya dan pengalaman yang dikongsikan, terdapat teori yang dapat dikaitkan dengan insiden-insiden diatas. Antaranya adalah Social Presence Theory. Teori ini menjelaskan bahawa pelbagai media komunikasi berbeza dalam keupayaan mereka untuk menghantar kelas komunikasi bukan lisan sebagai tambahan kepada kandungan lisan yang menyatakan bahawa komunikasi secara face to face mempunyai pelbagai lisan dan bukan lisan dengan gaya badan yang mudah difahami. Takrifan yang lebih moden pula menjelaskan bahwa Social Presence Theory melihat sejauh mana seseorang itu dianggap sebagai 'orang sebenar' dalam pengantara komunikasi Gunawarden (1995) dalam (What is Social Preence Theory, n.d).  Teori ini dapat dikaitan dengan perbincangan berkaitan ‘Love and Romance’ website di atas.
Perkara yang sama juga dapat dilihat dengan wujudnya perniagaan online. CMC digunakan sebgai medium utama untuk berniaga. Hal ini menjadikan lebih ramai golongan antisoaial dan lowliness. Jika dibandingkan dengan masa lampau, perniagaan dijalan secara terus dan membenarkan interaksi sosial raliti berlaku manakala kini, interaksi sosaial menjadi semakin kurang.

Rujukan

Boase, J., & Wellman, B. (2006). Personal relationship, On & Off the internet.
Finkel, E. J., Eastwick, P. W., Karney, B. R., Reis, H. T., & Sprecher, S. (2012). Online Dating: A Critical Analysis From the Perspective of Psychological Science. Psycologycal Science in the Public Interest, 1.
Riva, G., & Galimberti, C. (1998). Computer-Mediated Communication: Identity and Social Interaction in an Electronic Environment. Genetic, Social and Geneal Psychology Monographs, 3.
Romiszowski, A., & Mason, R. (n.d.). Computer-Mediated Communication. Retrieved from http://www.aect.org/edtech/ed1/15.pdf
What is Social Preence Theory. (n.d.). Retrieved from https://www.mnsu.edu/its/academic/isalt_social_presence_theory.pdf







1 comment:

  1. perkongian yang sangat menarik. selama ni saya tidak tahu tentang apa maksud CMC. bagus, keep it up. :)

    ReplyDelete