Saturday 16 April 2016

‘Online Consumption’

Hai semua!

Blog kali ini adalah berkaitan dengan ‘online consumption’ atau dalam Bahasa Melayu pengunaan atas talian. Kami semua pasti anda juga terlibat dengan 'online comsumption’ ini bukan?
Semestinya la!

Membaca blog ini turut dianggap sebagai online consumption!

Dalam era yang serba canggih dengan teknologi yang semakin maju, tidak dapat dinafikan bahawa pengunaan atas talian atau online consumption ini sudah menjadi sebahagian daripada kehidupan kita semua.Terdapat berbagai tujuan dalam pengunaan atas talian dan ia semestinya bersesuaian dengan keperluan setiap individu.

Kami telah menjalankan satu kajian kecil berkaitan dengan pengunaan atas talian dan ia bersesuian dengan objektif kami iaitu untuk mengkaji tujuan, kekerapan dan kesan keatas setiap individu serta masyrakat sekeliling berkaitan online consumption ini. Dalam borang soal selidik kami, kami menggunakan terma ‘internet’ sebagai kata ganti kepada pengunaan atas talian. Hal ini kerana, pengunaan atas talian dan internet adalah dua perkara yang sinonim. Perkara ini boleh dijelaskan dengan melihat hubungan antara atas talian (online) dan internet. Seseorang individu tidak dapat ‘online’ jika tiada talian internet dan manusia merlukan internet untuk‘online’.

*Kami akan membincangkan hasil dapatan kajian terlebih dahulu dan diikuti dengan analisis dalam bentuk statistik. Graf boleh dirujuk pada bahagian bawah.


Dalam kajian kami, jumlah responden mengikut jantina adalah sama rata dan kesemua mereka merupakan pelajar UNIMAS.

Jadual 4.1 di bawah menunjukkan taburan responden berdasarkan jantina :


Jadual 1.1 :Taburan responden berdasarkan jantina
Berdasarkan Jadual 4.1, majoriti responden yang terlibat dalam kajian ini adalah responden lelaki iaitu sebanyak 5 orang yang mewakili 50.0 peratus daripada jumlah sampel yang diperolehi. Manakala, responden wanita adalah sebanyak 5 orang iaitu mewakili 50.0 peratus daripada jumlah sampel. 

 Berdasarkan kajian yang dijalankan keatas semua responden, kami mendapati bahawa, peranti mudah alih yang sering digunakan untuk melayari internet adalah telefon bimbit. dan diikuti dengan tablet. Manakala, komputer riba merupakan peranti mudah alih yang jarang digunakan untuk melayari internet.Tambahan pula, para pelajar ini meggunakan applikasi Whatsapp sebagai medium komunikasi untuk menghubungkan mereka dengan rakan-rakan mahu pun keluarga. Majoriti responden bersetuju bahawa dengan adanya kemudahan aplikasi ini, mereka lebih senang untuk menghubungi rakan-rakan mereka. Namun begitu, aplikasi lain seperti Wechat dan Facebook Mesengger juga menjadi medium komunikasi untuk berhubung, tetapi ia tidak lah digunakan sekerap Whatapps.

Berdasarkan Jadual 1.2, Peranti mudah alih yang digunakan untuk melayari internet  yang tertinggi digunakan adalah sebanyak 7 orang yang mewakili 70.0 peratus diikuti dengan  tablet iaitu sebanyak 2 orang mewakili 20 peratus dan yang paling sedikit adalah komputer riba iaitu sebanyak 1 orang yang mewakili 10 peratus yang mengunakan peranti mudah alih.

Seterusnya,  kami juga mendapati bahawa tempat yang paling digemari untuk mereka melayari internet adalah fakulti.Bersesuaian dengan faktor demografi responden kami iaitu pelajar UNIMAS, piihan jawapan yang kami berikan adalah terhad iaitu perpustakaan, café, kampus dan kolej kediaman. Hal ini demikian kerana, kesemua tempat yang disenaraikan adalah kemudahan yang terdapat di dalam UNIMAS.Sehubungan dengan itu, kami dapati bahawa, tempat yang paling menjadi tumpuan untuk melayari internet adalah kawasan fakulti. Hal ini demikian kerana, fakulti menyediakan kemudahan makmal komputer beserta dengan Wi-fi dan perkara ini menepati dengan keperluan pelajar.Namun demikian, perpustakaan juga menjadi tempat tumpuan pelajar untuk melayari internet.Akan tetapi, café adalah tempat yang paling tidak digemari kerana kebanyakan café tidak menyeiakan kemudahan Wi-fi. 


Berdasarkan Jadual 1.3,  menunjukkan tempat responden melayari internet . yang tertinggi digunakan adalah di kampus iaitu sebanyak 4 orang yang mewakili 4% manakala diikuti di kawasan perpustakaan sebanyak 3 orang yang mewakili 3% ,diikuti kolej kediaman sebanyak 2 orang yang mewakili 2% dan yang paling rendah kawasan yang digunkanuntuk melayari internet adalah di kawasa café iaitu 1 orang sahaja mewakili 10 % .Keseluruhan responden adalah 10 orang responden.

Persoalan berkaitan kekerapan responden melayari internet juga ditanya dan jawapan yang diberikan oleh responden adalah sama iaitu mereka melayari internet pada setiap hari.




Berdasarkan Jadual 1.5, jadual diatas menunjukkan bahawa kekerapan responden melayari internet. Jawapan yang diberikan oleh responden adalah sama bagi semua responden iaitu mereka melayari internet pada setiap hari .Ini menujukkan kepentingan internet dalam kehidupan seharian sebagai salah satu cara mendapatkan maklumat.

 Jika dilihat dari segi jumlah masa yang diluangkan, majoriti menyatakan bahwa mereka melayari internet lebih dari 4 jam sehari. Hal ini jelas menujukkan kepentingan internet dalam kehidupan seharian sebagai salah satu cara mendapatkan maklumat bagi tujuan ‘assignment’.


Berdasarkan Jadual 1.6, menujukkan jadual masa yang diluangkan oleh responden untuk melayari internet dalam sehari yang tertinggi digunakan adalah selama lebih dari 4 jam iaitu sebanyak 6 orang yang mewakili 60 peratus dan diikuti dengan 4 orang yang menggunakan masa 3-4 jam mewakili 40 peratus.

Sehubungan dengan itu, kami juga dapati perkara yang paling digemari sewaktu mereka ‘online’ adalah melayari rangkaian sosial seperti Facebook dan Twitter. Hal ini diikuti oleh kegemaran dalam melayari rangkain hiburan seperti Youtube danTonton.Hal ini kerana, laman-laman sebegini memberi lebih keseronokan berbanding laman-laman berita online.

Berdasarkan Jadual 1.7,menunjukkan perkara yang digemari oleh responden apabila melayari internet yang tertinggi adalah melayari rangkaian media sosial (facebook, twitter iaitu sebanyak 6 orang yang mewakili 60 peratus manakala diikuti dengan hiburan iaitu sebanyak 2 orang yang mewakili 20 peratus dan akhir sekali blog dan permainan yang masing-masing 1 orang yang mewakili 10 peratus.

Namun begitu, mereka juga melayari internet untuk tujuan lain seperti pembelian atas talian dan mencari informasi seperti Wikipedia.


Berdasarkan Jadual 1.8, menunjukkan perkara yang digemari oleh responden apabila melayari internet yang tertinggi adalah melayari hiburan iaitu sebanyak 4 orang yang mewakili 40 peratus manakala diikuti dengan rangkaian media sosial (facebook, twitter iaitu sebanyak 1 orang yang mewakili 10 peratus pembelian dari atas taliana iaitu sebanyak 2 orang yang mewakili 20 peratus dan akhir sekali melayari wikipidia dan google scholar iaitu sebnyak 3 orang yang mewakili 30 peratus

Seterusnya, kami juga ingin mengkaji perkara berkaitan kesan yang dialami akibat daripada kekerapan online. Kami bertanya samada telefon bimbit menjadi perkara yang penting dalam hidup mereka dan kebanyakan respondent bersetuju dengan menjelaskan bahawa telefon bimbit menjadi perkara pertama yang mereka cari sebelum dan selepas tidur. 



Berdasarkan Jadual 1.9,menunjukkan  telefon bimbit menjadi perkara yang pertama dan yang terakhir digunakan sebelum dan selepas tidur .Daripada jawapan yang diberikan menujukkan bahawa 7 orang responden mewakili 70% adalah mengakui menggunakan telefon sebelum tidur dan selepas manakala hanya 3 orang responden yang memberikan jawapan tidak  .Ini menujukkan penggunaan telefon adalah menjadi kekerapan digunakan sewaktu tempoh masa itu.

Sehubungan dengan persoalan berkaitan laman yang digemari, majoriti responden menjelaskan bahawa media sosial sememangnya mengubah cara hidup mereka. Hal ini dapat dilihat dengan hasil kajian yang menunjukkan bahawa media sosial mempengaruhi komunikasi secara langsung iaitu komunikasi dengan rakan-rakan, pasangan dan keluarga.
Berdasarkan Jadual 2.0,menunjukkan media sosial sebagai medium yang mengubah cara hidup seharian kajian mendapati bahawa sebanyak 8 orang responden mewakili 80 peratus mengakui bahawa media sosial sebagai salah satu penyebab mengubah kehidupan individu tersebut manakala hanya 2 orang responden yang mewakili 20 peratus tidak bersetuju dengan perkara tersebut.

Walau bagaimanapun, hasil daripada dapatan kajian kami terdapat persamaan dan perbezaan boleh dilihat dalam perkaitan pengunaan atas talian ini.Sebagai contohnya, persamaan boleh dilihat dari segi kekerapan kesemua respondent melayari internet yang mana mereka melayari internet pada setiap hari tanpa mengira perbezaan jantina, umur mahu pun kumpulan etnik.

Namun begitu, perbezaan juga dapat dilihat antara kumpulan etnik dan medium komunikasi utama yang digunakan untuk berkomunikasi dengan rakan-rakan.Bagi etnik cina, medium komunikasi wechat menjadi pilihan utama berbanding kumpulan etnik Melayu yang lebih memilih Whatapps dan Facebook Massenger sebagai medium komunikasi. Berdasar hasil kajian ini kami berpendapat bahawa faktor kumpulan etnik boleh mempengaruhi medium komunikasi yang dipilih. kami yakin dengan hasil kajian ini kerana,dalam pemerhatian kami, rakan-rakan berbangsa cina sangat aktif menggunakan Wechat berbanding rakan-rakan yang berbangsa Melayu. 

Secara kesimpulannya, penggunaan atas talian atau 'online consumption' ini sememangnya memberi impak yang besar kepada kita sama ada secara sedar atau tidak. dalam era globalisasi ini, penggunaan internet secara meluas sememangnya telah memberi perubahan dalam cara hidup seperti dapat memudahkan dan mempercepatkan lagi komunikasi antara dua hala dan seterusnya memperkukuhkan hubungan rapat bersama rakan-rakan, keluarga dan juga pasangan tanpa mengira umur, jantina dan bangsa. penggunaan internet ini tiada istilah ketidaksamarataan antara jantina kerana semua mempunyai peluang dan kemudahan yang sama rata dan jurang semakin rapat antara Bandar dan juga luar Bandar.  

2 comments: