Hai semua!
Blog kali ini adalah berkaitan dengan ‘online consumption’ atau dalam Bahasa Melayu pengunaan atas talian.
Kami semua pasti anda juga terlibat dengan 'online comsumption’ ini bukan?
Semestinya
la!
Membaca blog ini turut dianggap sebagai online consumption!
Dalam era
yang serba canggih dengan teknologi yang semakin maju,
tidak dapat dinafikan bahawa pengunaan atas talian atau online consumption
ini sudah menjadi sebahagian daripada kehidupan kita semua.Terdapat berbagai tujuan dalam pengunaan atas talian dan ia semestinya bersesuaian dengan keperluan setiap individu.
Kami
telah menjalankan satu kajian kecil berkaitan dengan pengunaan atas talian dan ia bersesuian dengan objektif
kami iaitu untuk mengkaji tujuan, kekerapan dan kesan keatas setiap individu serta masyrakat sekeliling berkaitan
online consumption ini. Dalam borang soal selidik kami, kami menggunakan terma ‘internet’
sebagai kata ganti kepada pengunaan atas talian. Hal ini kerana, pengunaan atas talian dan
internet adalah dua perkara yang sinonim. Perkara ini boleh dijelaskan dengan melihat hubungan antara atas talian
(online) dan internet. Seseorang individu tidak dapat ‘online’ jika tiada talian internet
dan manusia merlukan internet untuk‘online’.
*Kami
akan membincangkan hasil dapatan kajian terlebih dahulu dan diikuti dengan analisis dalam bentuk statistik. Graf
boleh dirujuk pada bahagian bawah.
Dalam kajian
kami, jumlah responden mengikut jantina adalah sama
rata dan kesemua mereka merupakan pelajar
UNIMAS.
Berdasarkan kajian yang dijalankan keatas semua responden, kami mendapati bahawa, peranti mudah alih yang sering digunakan untuk melayari internet adalah telefon bimbit. dan diikuti dengan tablet. Manakala, komputer riba merupakan peranti mudah alih yang jarang digunakan untuk melayari internet.Tambahan pula, para pelajar ini meggunakan applikasi Whatsapp sebagai medium komunikasi untuk menghubungkan mereka dengan rakan-rakan mahu pun keluarga. Majoriti responden bersetuju bahawa dengan adanya kemudahan aplikasi ini, mereka lebih senang untuk menghubungi rakan-rakan mereka. Namun begitu, aplikasi lain seperti Wechat dan Facebook Mesengger juga menjadi medium komunikasi untuk berhubung, tetapi ia tidak lah digunakan sekerap Whatapps.
Seterusnya, kami juga mendapati bahawa tempat yang
paling digemari untuk mereka melayari internet
adalah fakulti.Bersesuaian dengan faktor demografi responden kami iaitu pelajar
UNIMAS, piihan jawapan yang kami berikan adalah terhad iaitu perpustakaan, café,
kampus dan kolej kediaman. Hal ini demikian kerana, kesemua tempat yang
disenaraikan adalah kemudahan yang terdapat di dalam UNIMAS.Sehubungan dengan itu,
kami dapati bahawa, tempat yang paling menjadi tumpuan untuk melayari internet
adalah kawasan fakulti. Hal ini demikian kerana, fakulti menyediakan kemudahan makmal komputer beserta dengan Wi-fi dan perkara ini menepati dengan keperluan pelajar.Namun demikian,
perpustakaan juga menjadi tempat tumpuan pelajar untuk melayari internet.Akan tetapi,
café adalah tempat yang paling tidak digemari kerana kebanyakan café
tidak menyeiakan kemudahan Wi-fi.
Persoalan berkaitan kekerapan responden melayari
internet juga ditanya dan jawapan yang
diberikan oleh responden adalah sama iaitu mereka melayari internet
pada setiap hari.
Jadual 4.1 di
bawah menunjukkan taburan responden berdasarkan jantina :
Jadual 1.1 :Taburan responden
berdasarkan jantina
Berdasarkan
Jadual 4.1, majoriti responden yang terlibat dalam kajian ini adalah responden lelaki
iaitu sebanyak 5 orang yang mewakili 50.0 peratus daripada jumlah sampel yang
diperolehi. Manakala, responden wanita adalah sebanyak 5 orang iaitu mewakili
50.0 peratus daripada jumlah sampel.
Berdasarkan kajian yang dijalankan keatas semua responden, kami mendapati bahawa, peranti mudah alih yang sering digunakan untuk melayari internet adalah telefon bimbit. dan diikuti dengan tablet. Manakala, komputer riba merupakan peranti mudah alih yang jarang digunakan untuk melayari internet.Tambahan pula, para pelajar ini meggunakan applikasi Whatsapp sebagai medium komunikasi untuk menghubungkan mereka dengan rakan-rakan mahu pun keluarga. Majoriti responden bersetuju bahawa dengan adanya kemudahan aplikasi ini, mereka lebih senang untuk menghubungi rakan-rakan mereka. Namun begitu, aplikasi lain seperti Wechat dan Facebook Mesengger juga menjadi medium komunikasi untuk berhubung, tetapi ia tidak lah digunakan sekerap Whatapps.
Berdasarkan Jadual
1.2, Peranti mudah alih yang digunakan untuk melayari internet yang tertinggi digunakan adalah sebanyak 7
orang yang mewakili 70.0 peratus diikuti dengan
tablet iaitu sebanyak 2 orang mewakili 20 peratus dan yang paling
sedikit adalah komputer riba iaitu sebanyak 1 orang yang mewakili 10 peratus
yang mengunakan peranti mudah alih.
Berdasarkan Jadual
1.3, menunjukkan tempat responden melayari
internet . yang tertinggi digunakan adalah di kampus iaitu sebanyak 4 orang
yang mewakili 4% manakala diikuti di kawasan perpustakaan sebanyak 3 orang yang
mewakili 3% ,diikuti kolej kediaman sebanyak 2 orang yang mewakili 2% dan yang
paling rendah kawasan yang digunkanuntuk melayari internet adalah di kawasa
café iaitu 1 orang sahaja mewakili 10 % .Keseluruhan responden adalah 10 orang
responden.
Berdasarkan Jadual
1.5, jadual diatas menunjukkan bahawa kekerapan responden melayari internet. Jawapan
yang diberikan oleh responden adalah sama bagi semua responden iaitu mereka melayari
internet pada setiap hari .Ini menujukkan kepentingan internet dalam kehidupan seharian
sebagai salah satu cara mendapatkan maklumat.
Jika dilihat dari segi jumlah masa yang diluangkan, majoriti menyatakan bahwa mereka melayari internet lebih dari 4 jam sehari. Hal ini jelas menujukkan kepentingan internet dalam kehidupan seharian sebagai salah satu cara mendapatkan maklumat bagi tujuan ‘assignment’.
Berdasarkan Jadual
1.6, menujukkan jadual masa yang diluangkan oleh responden untuk melayari
internet dalam sehari yang tertinggi digunakan adalah selama lebih dari 4 jam
iaitu sebanyak 6 orang yang mewakili 60 peratus dan diikuti dengan 4 orang yang
menggunakan masa 3-4 jam mewakili 40 peratus.
Sehubungan dengan itu,
kami juga dapati perkara yang paling
digemari sewaktu mereka ‘online’ adalah melayari rangkaian sosial seperti
Facebook dan Twitter. Hal ini diikuti oleh kegemaran dalam melayari rangkain hiburan seperti Youtube danTonton.Hal
ini kerana,
laman-laman sebegini memberi lebih keseronokan berbanding laman-laman berita
online.
Namun begitu, mereka juga melayari internet untuk tujuan lain
seperti pembelian atas talian dan mencari informasi seperti Wikipedia.
Berdasarkan Jadual
1.7,menunjukkan perkara yang digemari oleh responden apabila melayari internet
yang tertinggi adalah melayari rangkaian media sosial (facebook, twitter iaitu
sebanyak 6 orang yang mewakili 60 peratus manakala diikuti dengan hiburan iaitu
sebanyak 2 orang yang mewakili 20 peratus dan akhir sekali blog dan permainan
yang masing-masing 1 orang yang mewakili 10 peratus.
Berdasarkan Jadual
1.8, menunjukkan perkara yang digemari oleh responden apabila melayari internet
yang tertinggi adalah melayari hiburan iaitu sebanyak 4 orang yang mewakili 40
peratus manakala diikuti dengan rangkaian media sosial (facebook, twitter iaitu
sebanyak 1 orang yang mewakili 10 peratus pembelian dari atas taliana iaitu sebanyak
2 orang yang mewakili 20 peratus dan akhir sekali melayari wikipidia dan google
scholar iaitu sebnyak 3 orang yang mewakili 30 peratus
Seterusnya,
kami juga ingin mengkaji perkara berkaitan kesan
yang dialami akibat daripada kekerapan online. Kami
bertanya samada telefon bimbit menjadi perkara yang
penting dalam hidup mereka dan kebanyakan respondent bersetuju dengan menjelaskan bahawa telefon bimbit menjadi perkara pertama
yang mereka cari sebelum dan selepas tidur.
Sehubungan dengan persoalan berkaitan laman
yang digemari, majoriti responden menjelaskan bahawa media sosial sememangnya mengubah cara hidup mereka. Hal
ini dapat dilihat dengan hasil kajian yang menunjukkan bahawa media
sosial mempengaruhi komunikasi secara langsung iaitu komunikasi dengan rakan-rakan,
pasangan dan keluarga.
Walau bagaimanapun, hasil daripada dapatan kajian kami
terdapat persamaan dan perbezaan boleh dilihat dalam perkaitan pengunaan atas talian ini.Sebagai contohnya,
persamaan boleh dilihat dari segi kekerapan kesemua respondent melayari internet yang
mana mereka melayari internet pada setiap hari tanpa mengira perbezaan jantina,
umur mahu pun kumpulan etnik.
Namun begitu, perbezaan juga dapat dilihat antara kumpulan etnik dan medium komunikasi utama yang digunakan untuk berkomunikasi dengan rakan-rakan.Bagi etnik cina, medium komunikasi wechat menjadi pilihan utama berbanding kumpulan etnik Melayu yang lebih memilih Whatapps dan Facebook Massenger sebagai medium komunikasi. Berdasar hasil kajian ini kami berpendapat bahawa faktor kumpulan etnik boleh mempengaruhi medium komunikasi yang dipilih. kami yakin dengan hasil kajian ini kerana,dalam pemerhatian kami, rakan-rakan berbangsa cina sangat aktif menggunakan Wechat berbanding rakan-rakan yang berbangsa Melayu.
Secara kesimpulannya, penggunaan atas talian atau 'online consumption' ini sememangnya memberi impak yang besar kepada kita sama ada secara sedar atau tidak. dalam era globalisasi ini, penggunaan internet secara meluas sememangnya telah memberi perubahan dalam cara hidup seperti dapat memudahkan dan mempercepatkan lagi komunikasi antara dua hala dan seterusnya memperkukuhkan hubungan rapat bersama rakan-rakan, keluarga dan juga pasangan tanpa mengira umur, jantina dan bangsa. penggunaan internet ini tiada istilah ketidaksamarataan antara jantina kerana semua mempunyai peluang dan kemudahan yang sama rata dan jurang semakin rapat antara Bandar dan juga luar Bandar.
Berdasarkan Jadual
1.9,menunjukkan telefon bimbit menjadi perkara
yang pertama dan yang terakhir digunakan sebelum dan selepas tidur .Daripada jawapan
yang diberikan menujukkan bahawa 7 orang responden mewakili 70% adalah mengakui
menggunakan telefon sebelum tidur dan selepas manakala hanya 3 orang responden
yang memberikan jawapan tidak .Ini menujukkan
penggunaan telefon adalah menjadi kekerapan digunakan sewaktu tempoh masa itu.
Berdasarkan Jadual
2.0,menunjukkan media sosial sebagai medium yang mengubah cara hidup seharian kajian
mendapati bahawa sebanyak 8 orang responden mewakili 80 peratus mengakui bahawa
media sosial sebagai salah satu penyebab mengubah kehidupan individu tersebut manakala
hanya 2 orang responden yang mewakili 20 peratus tidak bersetuju dengan perkara
tersebut.
Namun begitu, perbezaan juga dapat dilihat antara kumpulan etnik dan medium komunikasi utama yang digunakan untuk berkomunikasi dengan rakan-rakan.Bagi etnik cina, medium komunikasi wechat menjadi pilihan utama berbanding kumpulan etnik Melayu yang lebih memilih Whatapps dan Facebook Massenger sebagai medium komunikasi. Berdasar hasil kajian ini kami berpendapat bahawa faktor kumpulan etnik boleh mempengaruhi medium komunikasi yang dipilih. kami yakin dengan hasil kajian ini kerana,dalam pemerhatian kami, rakan-rakan berbangsa cina sangat aktif menggunakan Wechat berbanding rakan-rakan yang berbangsa Melayu.
Secara kesimpulannya, penggunaan atas talian atau 'online consumption' ini sememangnya memberi impak yang besar kepada kita sama ada secara sedar atau tidak. dalam era globalisasi ini, penggunaan internet secara meluas sememangnya telah memberi perubahan dalam cara hidup seperti dapat memudahkan dan mempercepatkan lagi komunikasi antara dua hala dan seterusnya memperkukuhkan hubungan rapat bersama rakan-rakan, keluarga dan juga pasangan tanpa mengira umur, jantina dan bangsa. penggunaan internet ini tiada istilah ketidaksamarataan antara jantina kerana semua mempunyai peluang dan kemudahan yang sama rata dan jurang semakin rapat antara Bandar dan juga luar Bandar.
Saya setuju dgn kajian ni. Mmg kbyakan tak boleh bpisah dgn henpon. Hehe.
ReplyDeleteBetul...hehehe
ReplyDelete