Thursday 14 April 2016

Media Cetak VS Media Atas Talian

Media Cetak VS Media Atas Talian: Kes pergaduhan di hari pernikahan kerana hantaran RM15,000 tak cukup?

Malaysia digemparkan bulan lepas dengan kisah muka hadapan Kosmo! yang melaporkan bahawa seorang pengantin lelaki ditumbuk pada hari pernikahannya gara- gara duit hantaran RM15,000 tidak mencukupi. Kedua- dua belah keluarga bertelagah. Bukan sekadar dari cerita secara bertulis, video pergaduhan kedua pihak juga telah menjadi viral dan sudah tersebar luas. Berita tersebut bukan sahaja mendapat liputan di surat khabar malah turut disebar luas melalui atas talian seperti di dalam blog-blog dan penulisan mereka dikongsi di media sosial yang lain seperti Facebook. Berita tersebut menerima pelbagai reaksi terutama di media sosial. Jika letakkan sahaja perkataan ‘bergaduh hantaran 15 ribu’ di carian Google, pelbagai laman web terutama blog-blog yang tidak rasmi melaporkan kisah ini di samping video pergaduhan ketika itu.
            Persamaan ketara dari segi penulisan dari akhbar rasmi dan blog atau laman web tidak rasmi  ialah isi utama artikelnya walaupun tajuknya selalunya tidak sama seperti berita rasmi. Sebagai contoh di Kosmo! dan Kosmo! Online (Azzman & Syed Azlan, 2016) ialah “wang hantaran tak cukup cetus gaduh besar” manakala di laman web tidak rasmi menggunakan tajuk seperti “kisah sebenar pengantin lelaki kena tumbuk duit hantaran tak cukup!” (Ammboi, 2016) dan “pengantin lelaki tampil bongkar kisah sebenar fasal wang hantaran tak cukup” (Pensil Lunyai, 2016). Tajuk yang sering digunakan oleh laman web atau blog yang tidak rasmi ini kadangkala terlalu berlebihan sedangkan isi ceritanya diambil bulat-bulat dari sumber berita rasmi.
            Namun begitu, perbezaan dapat dilihat dari bentuk penulisan. Kebanyakan laman web tidak rasmi ini bukan sahaja melaporkan malah mengulas isu tersebut mengikut pandangan penulis, tidak seperti wartawan yang tugasnya untuk melaporkan kejadian tersebut. Bukan itu sahaja, pendapat pengguna atas talian juga diselitkan di dalam artikel mereka untuk menunjukkan pelbagai reaksi orang ramai terhadap isu tersebut.
Pada pendapat kami, pengamal media seperti wartawan dan penulis blog ini sering bersikap berat- sebelah. Contohnya, di dalam kes pergaduhan yang dilaporkan oleh pihak media seakan- akan menyebelahi pihak lelaki tanpa menimbang pandangan dari sudut pengantin perempuan. Di Facebook, dikatakan saudara pihak perempuan berkongsi cerita dari pihak mereka yang mengatakan pihak lelaki memungkir janjinya dan bersifat kurang ajar. Cerita ini tidak pula diceritakan oleh pihak media cetak yang menyiarkan berita terbabit. Selain itu, pengamal media seharusnya bertanggungjawab atas apa yang ditulis oleh mereka. Sekiranya sebarang berita itu tidak disiasat dengan baik dan dilaporkan tanpa diselidik, berita yang dilaporkan itu mungkin tidak benar dan boleh mengundang fitnah. Hal ini kerana, walaupun dengan adanya teknologi yang pantas di negara kita, masyarakat Malaysia mempunyai kepercayaan lebih besar terhadap sebarang berita rasmi yang dilaporkan oleh media cetak berbanding media di atas talian. Maka, pengamal media perlu berhati- hati dalam menyiarkan sebarang berita.
Kedua-dua jenis media ini iaitu media cetak ataupun media atas talian mempunyai kelebihan dan kekurangan mereka yang tersendiri. Namun begitu, media atas talian sememangnya lebih sesuai untuk masyarakat umum menyalurkan pendapat atau berita kerana  media cetak mempunyai pelbagai etika dan protokol yang perlu diambil kira. Media atas talian juga percuma dan dapat meliputi lebih ramai pembaca dengan pantas. Malah, syarikat media cetak juga sudah mempunyai laman sesawang rasmi di internet selain media cetakan. Oleh itu, gunakanlah media dengan bertanggungjawab dan sampaikan berita yang sahih untuk bacaan semua.


Rujukan
Ammboi,. (2016). Kisah sebenar pengantin lelaki kena tumbuk duit hantaran tak cukup!.
Ammboi.com. Retrieved from http://www.ammboi.com/2016/03/28/kisah-sebenar-pengantin-lelaki-kena-tumbuk-duit-hantaran-tak-cukup/
Azzman, A., & Syed Azlan, S. (2016). Pengantin kena tumbuk duit hantaran tak cukup.
Kosmo!. Retrieved from http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2016&dt=0328&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_02.htm
Pensil Lunyai,. (2016). Pengantin Lelaki Tampil Bongkar Kisah Sebenar Pasal Wang
Hantaran Tak Cukup. Malaysia Hari Ini. Retrieved from http://pensilone.blogspot.my/2016/03/pengantin-lelaki-tampil-bongkar-kisah.html

5 comments:

  1. Good sharing. Pengguna perlu bijak pilih mana yang nak dibaca n nak dipercaya.

    ReplyDelete
  2. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  3. isu sebegini sepatutnya tidak berlaku kerana jika berbalik pada islam ia sebenarnya mudah.. berkahwinlah jika mampu, dan jika tidak berpuasalah.. majlis tu pon ikot la kemampuan diri dan pasangan...mengenai isu media lama atau baru masing2 ada klbihan dan kkurangan.. tp bg gnrsi kini, mreka lbh memilih media bru krna mudah dan cepat :)

    ReplyDelete